Saturday, 4 June 2016

Pengalaman saya ni berlaku ketika saya berumur 13 tahun. Kejadian ini berlaku di asrama (nama sekolah dirahsiakan). Kebetulan pada malam itu, mesin basuh di asrama saya rosak. Jadi terpaksalah basuh baju menggunakan tangan.

Saya pulak jenis selalu malas basuh baju sekolah awal-awal. So, malam tu saya bercadang nak basuh dengan kawan baik saya, P . Tepat pukul 12.30, saya dan P pergi membasuh baju di tandas asrama (dalam bilik) Kami basuh di singki kebetulan singki itu besar dan dalam. Senang untuk isi air.


 Tengah seronok gosok baju sekolah tu sambil kitaorang berborak diiringi dengan ketawa pada pagi tu. Tiba-tiba mungkin Allah hendak tunjuk sesuatu malam tu, berus gosok basuh baju jatuh sebab terlepas dari tangan. Dan saya pun dengan tanpa rasa curiga mengambil berus yang terjatuh ke lantai.

 Alangkah terkejutnya saya ketika itu, orang yang sebelah saya ketika itu bukan kawan saya yang sebenar tetapi sebenarnya hmmm. Itu kerana saya tidak dapat melihat kedua-dua kaki kawan saya itu.

Takkan la dia takde kaki lak so dia berdiri mcm mana. Kerana saya dah tahu dia siapa terus saya lari lintang pungkang biar je baju sekolah tu tak basuh. Saya lari berselimut sebab takut sangat.

Tiba-tiba ada orang tarik saya punya selimut dan tanya
 "kenapa kau ni?" 

saya jawab la

"aku nampak hantu menyerupai P".

 Bila saya toleh ketepi, elok je P tidur. Alangkah takutnya saya waktu tu Allah ja yang tahu. MasyaAllah. Malam tu saya tidur di rumah warden kerana terlampau takut tidur dalam dorm. Selepas kejadian itu, ketika saya berumur 14 tahun saya telah bertukar ke sekolah menengah harian. Dah tak sanggup tinggal di asrama. Sekian.


EmoticonEmoticon