Friday, 10 June 2016

Assalamualaikum, saya selalu mengikuti cerita seram dari Fiksyen Shasha & saya juga ada cerita yang hendak dikongsikan kepada semua penggemar cerita hantu. Mohon dirahsiakan identiti saya ye.

Cerita ini bermula sejak bulan 9 tahun lepas, saya & suami telah berpindah di sebuah apartment di Johor Bahru. Memandangkan kami sudah mempunyai seorang cahaya mata yang baru berusia 3bulan pada masa itu. Suami telah berjumpa dengan tuan rumah (melayu) & kami pun telah melihat rumah tersebut. Kali pertama jejakkan kaki ke rumah, saya tidak merasa sesuatu yang aneh/seram pada ketika itu. Kami mula mengemas rumah seperti biasa & mengambil keputusan untuk berpindah pada keesokan harinya.
Cerita Seram baru Berpindah Ke Apartmen Baru

Malam pertama kami berpindah di situ, kebetulan suami kerja malam. Jadi saya & anak ditemani oleh abang ipar bersama isteri & anak mereka. Saya mengambil keputusan untuk tidur di ruangtamu tetappi malam itu terlalu bising dengan bunyi tapak kaki berlari di atas siling, bunyi perabot ditarik sana sini tanpa henti sehingga menjelang subuh. Saya tidak terfikir yang itu kejadian aneh/mistik jadi saya tidak endahkan memandangkan anak tidur dengan lena.

Menjelang subuh, suami sudah pulang ke rumah. Pada malam itu, kami tidur di bilik & malam itu juga bunyi yang sama seperti semalam. Suami juga terganggu kerana tak dapat solat dengan khusyuk. kami  buat macam biasa sahaja.

Selepas seminggu kami duduk di situ, setiap kali suami mahu ke tempat kerja. Kami hanya tinggal berdua di rumah. Penyapu mula jatuh dari pintu luar dapur. Saya fikir mungkin angin, jadi saya betulkan semula. tiada gangguan lagi selepas itu.

Minggu ke-2 tinggal di situ, tepat pukul 7 malam saya terdengar bunyi seolah-olah kayu bertaburan di siling rumah. semakin kuat bunyi itu, cuma saya & anak saja yang berada dirumah waktu itu. Mulut saya tak lepas dari membaca ayat kursi. Keadaan berterusan sehingga suami pulang ke rumah & malam malam seterusnya........

Sebulan kami tinggal di situ, malam tepat pukul 12am memang waktu suami pulang ke rumah, saya mendengar kunci magga dan pagar di buka tetapi pintu tidak terbuka. Saya mula curiga terus menghubungi suami, tiba-tiba suami beritahu saya yang dia masih dalam perjalanan pulang ke rumah. Saya hanya berdiam diri & keesokan harinya saya meminta suami hantarkan saya ke rumah mak.

Setelah seminggu kami tinggal di rumah mak, suami mengajak pulang ke rumah. Pada malam itu, kami mengajak abang ipar, isteri & anaknya tidur di rumah. mereka hanya tidur di ruangtamu. Kami tidur lewat pada malam itu, berkumpul di ruangtamu. Kedengaran ada orang bermain gendang di siling atas. Anak saudara saya yang pada mulanya bermain seperti biasa kemudian terus diam berdiri kaku. Dia memberitahu ayahnya (abang ipar saya) "ayah, orang tu ajak adik main. Adik tanak, muka dia buruk" kami yang mendengar kata-kata anak kecil itu terdiam & abang ipar mula bertanya "mana org tu" anak dia tunjuk ke sudut dinding dapur dalam keadaan berdiri. Kami terdengar bunyi tapak kaki di siling & saya terdengar bunyi orang buka pintu di bilik ke-2 berhadapan bilik kami. Anak saudara saya bersuara "dia masuk bilik tu ayah!" suami & abang ipar mula azan disetiap sudut rumah dan solat di dalam bilik itu, "benda" itu masih di dalam bilik & suami tutup pintu bilik tersebut. Tiada apa-apa bunyi yang kami dengar malam itu...

Keesokan pagi, kami bangun seperti biasa & suami membuka bilik tersebut. Kami terkejut melihat bilik tersebut dengan barang semua bersepah, langsir tercabut, frame di dinding semua pecah. Lepas kejadian itu, suami menghubungi tuan rumah & kami mengambil keputusan untuk berpindah pada hujung bulan 10.

Selama 2 bulan duduk di situ, rupanya baru kami tahu bilik itu ada penghuni yang tidak mahu kami tinggal di situ. Penghuninya adalah POCONG!!!

Sampai sekarang saya tak boleh terima yang saya boleh relakan diri tinggal bersama pocong selama 2bulan di apartment itu. Tapi saya bersyukur kerana "benda" tu hanya mengganggu kami suami isteri & tidak menganggu anak kami.

Alhamdulillah, sekarang kediaman saya lebih selesa & tenang untuk kami duduki. Tiada gangguan makhluk halus lagi. Pesanan saya kepada semua, jika pasang niat nak berpindah tu tolong tengokkan dulu keadaan rumah & sejarah dalam rumah tu. Semoga kisah saya ini dapat jadi tauladan untuk semua.


EmoticonEmoticon