Wednesday, 15 June 2016

Assalamualakum semua dan selamat sejahtera. Kisah ini terjadi pada tahun 2003. Satu pengalaman atau peristiwa yg saya tak mungkin lupakan. Ada antara rakan saya minta rahsiakan perkara ini dari pengetahuan umum, atas sebab keselamatan. Tapi bukan saya nak bangkitkan isu ini, tapi penting untuk kita semua menjaga tatatertib serta adab ketika berada di tempat yg asing..

Pada tahun 2003, waktu cuti mengundi rasanya, disaat akhir kami semua merancang untuk berkhemah di tepi pantai... Di Telok Gong, Melaka. Kami merancang untuk berkelah dan berkhemah. Tapi hanya kami yg lelaki sahaja akan bermalam di situ. Yg perempuan kena balik, tak manis katanya. Sepanjang kami di sana memang kami berseronok habis..Solat?? Boleh kata kami alpha.

Ampunkan kami Ya Allah. Antara kami ada seorang yg sentiasa menjaga solat, dan beliau sentiasa pergi ke surau berdekatan, surau Sungai Tuang tak silap. Sampai magrib menjelang tiba kami mula untuk bbq. Bara kami hidupkan. Ada antara kami lari ke pekan terdekat untuk membeli sirap kordial dan air botol lon chan. Dalam kesibukan kami berbbq ada yg perasan dan bertanya mana pergi seorang rakan kami (yg jaga solat). Saya mengandaikan yg rakan saya mungkin sedang solat isyak memandangkan jam pukul 9. Rakan perempuan semua dah beransur pulang sekitar pukul 6 lebih. Waktu tu juga kelihatan petir sambung menyambung di seberang horizon laut. Barangkali nak hujan malam ni.

Semua orang terus dengan aktiviti makan, minum, berborak dan tergelak. Tiba-tiba kawan saya yg saya sangka bersolat isyak menyusul. Saya pelawa dia untuk makan namun dia hanya diam dan senyum. Kawan saya menanyakan kata laluan. Kata laluan telah ditetapkan pada awal rancangan untuk memastikan kami sentiasa berjaga-jaga maklumlah takut 'benda' lain yg menyerupai kami pula berbbq sama. Kawan saya menyoal kata laluan..

"Kain.." namun tiada jawapan diberi. Dia tersenyum sahaja. Berkali-kali kawan saya tanya, namun dia hanya mebalingkan badan dan berlalu perlahan. Kami berpandangan sesama sendiri, ada yg dah merenung tajam, tak kurang yg pucat muka. Namun kami ramai, sekitar 10 orang rasanya. Salah seorang dari kami menepuk bahunya, dia menepis dengan agak kasar.

"Sah beb, ni bukan dia!!" "Hah, sudah!! Sapa pulak ni??"

 Saya bertanya dalam hati.

4 rakan saya mara kehadapan untuk menangkapnya. Amat memeranjatkan sebab 4 orang rakan saya yg besar saiz badannya mengalami kesukaran. Tenaganya bukan seperti orang bias, dan waktu itulah suaranya keluar dan bunyinya... Memang menyeramkan, bulu roma saya sudah tegak berdiri. Suaranya kasar dan garau, kalau diikutkan rakan saya suaranya perlahan dan lembut. Memang sah ada benda yg dah masuk dalam badannya. Dan percaya atau tidak waktu itu juga ribut datang. Kami semua masih lagi cuba untuk menenangkan rakan yg terhisteria. Kami juga perasan yang dia cuba membawa kami ke gigi air. Ombak waktu tu memang menggila. Saya macam tak percaya apa yg saya lihat malam itu. Saya berteriak pada semua..

"Woi!! Dia nak bawak kita ke laut lah!!.. 

Tiba-tiba dia menjerit

"Ko diam, dia dah bunuh pasangan aku!!!"

 Saya terdiam dan tak faham. Seorang rakan saya mengambil inisiatif untuk melaungkan azan, dan kemudian rakan saya yg histeria pengsan dengan serta merta. Kami mengangkut ke surau berdekatan. Kami lihat jam pukul 1040 malam. Kami terpaksa menahan mat motor aka kutu rayau aka kacang hantu (nway terima kasih abang2 semua yg membantu malam tu) datang menolong. Kami bertanyakan pada mereka kalau ada orang yg boleh ubatkan kawan yg kena rasuk.
telok gong melaka

Kawan saya dimasukkan ke dalam kereta, dia masih diam dan matanya tak terkelip. Sesekali dia menjeling ke arah laut. Ribut dah reda ketika itu. Kawan saya dibawa berubat malam itu juga. Saya tanya pada orang yg mengubat itu, mcm mana benda ni jadi..

Menurut pakcik yg mengubat rakan saya, dia cakap kawan saya mungkin dah langgar pantang atau melakukan kesalahan. Pakcik tu kata, benda-benda ghaib ni boleh menjelma dalam pelbagai bentuk. Kalau di tempat yg kita tahu sejarahnya tidak berapa baik eloklah kita menjaga tutur kata dan perilaku. Takut ada penunggu. Maklumlah bukan manusia sahaja yg mendiami bumi Allah ni. Saya masih teringat yg pakcik tu cakap benda yg merasuk ke dalam badan rakan saya adalah "perempuan". Dia marah dan mahu membalas dendam sebab suami/pasangannya mati dibunuh. Pakcik tu juga cakap, kebiasaanya "benda laut" paling susah nak diubat. Tapi alhamdulillah rakan saya sudah sedar dan pelik yg dia tak ingat apa, melainkan dia cakap yg dia ada bunuh seekor lipan ketika pulang dari solat magrib. Saya terkejut, dan berfikir kiranya lebih dari berapa jam yang rakan saya kena sampuk. SubahanAllah.

Malam itu juga pakcik itu menyuruh kami meninggalkan pantai sebelum tengah malam. Jam lagi 20 min ke tengah malam. Kami bergegas ke tapak khemah, ambil barang yang patut dan cabut malam tu juga. Niat nak bermalam dekat pantai terpaksa kami lupakan. Alhamdulillah malam tu kami menumpang di salah sebuah rumah kawan kami. Ketika mata kami nak terpejam rapat, rakan saya yang baru sedar dari histeria memberitahu badanya sakit. Kami fikir memang itulah efeknya akibat orang yg terkene histeria.. Namun setelah beberapa minggu sesi persekolahan dia cakap tangan kirinya kebas. Puas dia jumpa doktor untuk rawatan namum doktor kata tangannya tiada masalah. Lalu dicuba rawatan alternatif lain. Saya terpaksa skip beberapa bab sebab saya perlu menjaga hati orang sekeliling. Apa yang terjadi pada tangan kirinya... Tangan kirinya lumpuh.. Ada orang beritahu tangan kirinya itulah yg membunuh lipan ketika di pantai..

Kepada semua pembaca, saya minta kalau ada di antara anda yg sukakan aktiviti luar seperti berkhemah di hutan, gunung atau sebagainya.. Berhati-hati, jaga tingkah laku, kalau nampak benda yg pelik jangan kacau atau lakukan apa-apa. Biarkan. Sebab kita tidak tahu sama ada benda tersebut bukan sama seperti apa yg kita sangkakan. Kepada admin minta rahsiakan details. Andai kata tuan dah paste pada ruangan. Sila padamkan pada inbox. Saya bercerita untuk pengajaran pada semua dan diri saya juga. Mungkin orang di sekitar kawasan itu pernah dengar kisah ini. Assalamualaikum...



EmoticonEmoticon