Pada tahun 2011, aku dipindahkan ke asrama subang jaya oleh ayah. Pada masa itu, aku hanya menurut tanpa sebarang bantahan atau kata kata yang keluar dari mulutku. Tiba di asrama subang jaya usj1, aku memasuki pintu pagar asrama tersebut, dan melihat keadaan suasana tersebut kelihatan suram disebabkan kesemua penghuni di asrama sedang duduk di dewan sambil mengulang kaji pelajaran.
Dorm atau bilik yang bakal aku duduk sudah aku lihat tapi hatiku masih kurang selesa sebab aku tidak biasa.
Pada malam hari. Selepas semua roomateku sudah lena dibuai mimpi. Aku juga melelapkan mata. aku pun dibuai mimpi. Tiba tiba aku dikejutkan oleh roomate aku, sedang duduk bersimpul di tepi katilku dan meminta cepit kuku. aku berkata, kenapa kau tak tidur lagi ni?! lalu aku malas nak panjangkan cerita, aku hanya menyerahkan cepit kuku tersebut lalu terus sambung tidur.
Esok pagi, aku bertanyakan kepada roomate ku yang bernama filzah, filzah kenapa kau mintak cepit kuku malam tadi? filzah kelihatan kebingungan dan mengeleng dan berkata "bukan aku! Aku tidur je sepanjang malam tadi", aku hanya terdiam dan terkedu.
Ada satu hari tu aku dan si filzah mempunyai salah faham dan bertengkar. Si filzah ni mempunyai rambut yang panjang. Tiba tiba esoknya! Si filzah menjerit dan berkata,
Aku terkedu sambil melihat keadaan rambut filzah, rambut filzah jadi kelihatan sebelah panjang dan sebelah pendek. Aku kata "bukan aku!" Rupanya malam tadi ada seorang budak dari bilik lain lalu dihadapan bilik kami dia melihat filzah terbaring dan ada seorang wanita sedang duduk bersimpul serba putih sedang menyikat dan menggunting rambut filzah. Aku dan filzah mendengar apa yang diperkata oleh budak tersebut lalu tergamam. Dan filzah kata "aku tak sedar masa tu!"
Malam yang seterusnya, aku sedang leka study, lalu aku tersentap sebab dikejutkan dengan suara mengilai! aku terus berlari, ketika sedang berlari, aku terdengar seperti ada yang sedang berlari juga dibelakang aku. aku terus pandang belakang, dan melihat benda serba putih sedang berlari ke arahku dengan keadaan muka yang sedang marah. Aku menjerit dan telah mengejutkan semua penduduk asrama ketika itu.
Aku terduduk ketakutan dan kesemua pelajar asrama berlari ke arahku serta bertanyakan kenapa? Aku terdiam lalu terpandang dibahagian kanan aku, dan benda serba putih itu berbisik ditelinga dan berkata

kau gunting rambut aku ya?!

"aku akan datang lagi"
EmoticonEmoticon