Tuesday, 26 July 2016

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2001...kisahnya bermula dengan seorang pelajar perempuan sekolah agama di sebuah sekolah agama di pahang....aisyah bukan nama sebenar seorang pelajar tingkatan satu yg kali pertama bersekolah berasrama..anak bongsu kelahiran perak merupakan anak manja dalam keluarga yg bersederhana...bg mengurangkan kemanjaan aisyah ayahnya menghantarnya ke asrama untuk berdikari....sejak dr itu la aisyah minat maggie kari...

Selepas 2 minggu habis orientasi asrama....aisyah sudah bertemu seorang rakan dr kuala lumpur bernama aini...mereka berdua ni sgt lah rapat sehinggakan makan maggie kari pon belah dua....aini sgt peramah orangnya dan sering ke bilik2 senior utk berborak...aisyah yg merupakan seorang yg pemalu jd peramah selepas mengenali aini...

Kalau nak ikutkan pelajar2 lain sering gelisah melihat keadaan aisyah dan aini sering ke bilik senior kerana mereka beranggapan aisyah dan aini pergi mengulangkaji pelajaran...akan tetapi sebenarnya mereka hanya pergi berborak sahaja bkn lah belajar..al maklum lah makan maggie mana rajin nak blajar..hehehe...aisyah dan aini sering ke bilik2 senior utk berborak tentang mistik di asrama....hampir setiap malam satu cerita...mereka beranggapan apa yang diceritakan oleh senior2 mereka hanyalah rekaan...

Pada suatu malam selepas mendengar cerita dari seorang senior tingkatan 4..kejadian berlaku sama seperti apa yg diceritakan....

Kisahnya bermula begini...pada jam 3 pagi...aisyah sakit perut kerana malam itu dia telah makan 3 bungkus maggie bersama aini....oleh kerana tidak tahan aisyah kejutkan aini dr tidur tetapi hampa kerana aini tidur terlalu nyenyak sambil berdengkur dan mngeluarkan bau maggie yg kuat....

Aisyah pergi ke tandas di hujung blok asrama seorang diri...keadaan lampu yang samar2 membuatkan aisyah semakin tidak menjadi untuk membuang air besar....tetapi aisyah harus menghajatinya juga kerana takut terhajat di atas katil....dalam keadaan yang samar2 disulami siulan burung seolah2 di dalam hutan dan salakan anjing aisyah semakin gerun untuk sampai ke tandas....

Setibanya aisyah di pintu tandas...lampu tandas terpadam dan hidup semula seolah dipasang tutup oleh seseorang...rupa rupanya jaga sekolah sekolah itu keluar dari tandas sebelahnya iaitu pak ali....aisyah menarik nafas lega..dengan pantas aisyah masuk ke tandas untuk melepaskan hajatnya....selepas 8 minit berhempas pulas akhirnya aisyah berjaya melepaskan hajatnya...selepas beredar dr tandas,aisyah ke sinki sambil membasuh2 tangan dan muka....aisyah berasa pelik kerana hanya cermin dihadapannya sahaja seolah berfungsi manakala cermin yang lain menjadi gelap...akan tetapi aisyah tidak mempedulikannya...semakin lama aisyah membasuh muka dan tangan aisyah trdengar suatu suara sedang menangis di dalam tandas...suara tangisan seorang pakcik tua yang sedang kesakitan...aisyah bersangka pakcik jaga sekolahnya mgkin terjatuh...tapi aisyah tidak mempedulikan kerana bimbang dek kerana dia adalah perempuan.....semakin lama semakin kiat teriakan itu...aisyah bersimpati dan cuba membuka pintu tandas satu persatu...

Setibanya tandas yang ketiga....aisyah ternampak seorang pakcik tua yg sgt menakutkan sedang mencakar wajahnya menggunakan jarinya sendiri sehingga berlumuran darah....alangkah terkejutnya aisyah berlari sehingga meninggalkan selipar jepunnya untuk mendapatkan jaga sekolahnya iaitu pak ali....

Memandangkan jarak dr asrama perempuan dengan pondok jaga sekolahnya agak jauh aisyah menyorok di satu bilik sakit yg trletak berhampiran tandas itu...sewaktu aisyah duduk menutupkan muka ia disapa oleh dua orang  perempuan  yang berpakaian serba putih namun muka ditutupi rambut..alangkah terkejutnya aisyah rupa rupanya seniornya yang menakutkan dia...

Selepas aisyah menceritakan kepada 2 orang seniornya itu tentang apa yang dilaluinya sebentar td..mereka bertiga ketakutan bersama dan lari utk mendapatkan jaga sekolah iaitu pakcik ali....

Selepas mereka berlari xtentu hala mendapatkan jaga sekolah mereka trserempak dengan pakcik ali yang sedang meronda untuk mengunci jam..tidak sempat utk mereka menerpa pak ali,pak ali lari lintang pukang akibat terkejut kerana senior aisyah berpakaian putih dan berambut panjang....

Mereka tetap berlari dan mengejar pak ali utk memberitahu hal sebenar...setibanya di pondok jaga mereka bertiga nampak pak ali sedang membongkokkan badan kebawah meja seolah olah mencari sesuatu....

Aisyah dengan pantas memberitahu dan menceritakan keadaan dia ketika di tandas....dengan suara yang termengah2 aisyah bengang kerana pak ali tidak melayan apa yang diceritakannya...

Aisyah bengang dan masuk kenpondok jaga utk menepuk pak ali...dengan perlahan ia menoleh

 "dia cakar muka mcmni ke?" 

Suara garau berupa wajah di tandas sebentar td kini terpampang di pondok jaga.....

Dengan keadaan kelam kabut mereka bertiga lari ke arah asrama untuk mendapatkan bantuan kawan2 yang tdur di asrama.

Setibanya di asrama kelihatan semua pelajar sudah bangun kerana sudah dikejut oleh pak ali.....pak ali yang berada di asrama perempuan terpaksa masuk ke asrama kerana terdengar teriakan suara perempuan yang ketakutan....setibanya mereka di depan pak ali mereka hampir pengsan namun sempat menceritakan peristiwa mereka yang hampir memakan masa selama 40 minit....

Persoalannya...siapakah pakcik yang menutup lampu sedangkan pak ali menafikan dia menggunakan tandas asrama perempuan..
Siapakah lelaki yang mencakar muka di dalam tandas?siapakah lelaki yang meronda sebagai jaga sekolah dan berlari ke pondok jaga akibat ketakutan?dan siapakah lelaki yang mencakar muka di pondok jaga?

Misteri pakcik cakar muka tidak dapat didedahkan oleh sesiapapun sehingga kini...ianya diselubungi misteri....

Mengikut andaian seseorang pakcik itu merupakan seorang tukang kebun yang mati akibat terkena pencakar sampah....


EmoticonEmoticon