Thursday 16 June 2016

Assalamualaikum Shasha. Saya ingin bkongsi pengalaman saya di Gunung Lambak, Johor. Sudah banyak kali saya mendaki gunung tsebut sbelum ni dan hampir mnjadi rutin mingguan saya utk mendakinya. Saya slalu mndaki samada pd waktu pagi atau petang.

Suatu hari, kluarga saya mengadakan kenduri yassin di rumah saya. Jadi, saya menolong kluarga saya utk knduri itu sehingga petang. Malangnya, pd hari itu juga saya bcadang hendak mndaki gunung itu. Saya mengajak adik laki saya brumur 14 thn utk teman saya mndaki sama.
Hantu gunung lambak

Selepas asar, dalam pukul 5 ptg kami baru bertolak ke Gunung Lambak dr rumah saya yg mengambil masa kira 45 minit. Hampir pukul 6 ptg kami aktiviti kami bru bermula. Kami tau waktu tu sudah lewat tapi kami teruskan niat kami. Jadi kami mendaki seperti biasa.

Sesudah separuh perjalanan mndaki kami, kami berasa amat letih lain drpd biasa. Terasa amat panjang prjalanan kami. Saya fikir mgkin penat menolong kenduri, tapi hati saya tak berasa senang melihatkan kerenah pelawat2 cina yg terpekik menyanyikan lagu2 mereka dgn berpakaian pelik seperti ritual pd waktu dekat senja begini. Kami kuatkan semangat utk teruskan pjalanan.

Anggaran 3/4 pjalanan kami ke puncak, seperti biasa bertemu dgn pendaki2 lain yg sudah turun kembali trun dr puncak. Sekumpulan pndaki yg sedang kembali trun menegur kami,

 "hai, kami ingat kami yg last.. rupenye ade lagi '3' org lagi lewat drpd kita".

 Saya trkedu sebentar, hati saya digoncang skali lg. Kami membalas sapaan mereka dan saya fikir mgkin mereka maksudkan sorg lg pndaki jauh blakang dr kami.

Kami bergegas memaksa peha yg keletihan utk terus smpai ke puncak. Setibanya di puncak, suasana pd waktu itu bbeza drpd kebiasaan. Selalunya akan ada beberapa ekor monyet dan burung2 di puncak pd waktu petang tetapi sangat sunyi. Saya melabuhkan punggung sebentar dan mencapai henset saya dlm beg galas kecil. Kami terkejut melihat jam sudah pun pukul 7 mlm. Selalunya kami mndaki dlm masa 40 minit sahaja utk smpai ke puncak. Kami pun tak mbuang masa lagi, terus mncapai beg dan mengangkat langkah utk trun kembali.

Semasa kami turun, suasana menjadi gelap dgn sangat pantas. Jadi saya menyuruh adik saya berada di belakang utk mengikut langkah saya di hadapan kerana gelap. Semasa kami trun dr puncak, macam2 prasaan timbul dan hanya bimbang kselematan adik saya.

Kami berasa pjalanan pulang trsangatlah panjang. Saya berasa tak sedap hati. Jadi saya mematahkan ranting di tepi lorong pndaki semasa kami trun. Saya bbuat demikian utk uji samada kami sudah diganggu atau tidak kerana pd fikiran saya pd waktu itu, jika telah diganggu, akan berlaku pengulangan jalan dan akan brjumpa ranting yg dipatahkan td.

Kami mempercepat langkah kami menuruni gunung itu. Beberapa minit kemudian, jangkaan saya betul. Saya berjumpa kembali ranting yg telah saya patahkan td tp saya tidak britahu pd adik saya.

 Saya hanya mampu bdoa dlm hati shj pd waktu itu. Suasana semakin gelap dan sedikit cahaya shj hadir ke penglihatan kami. Tambahan pula saya rabun jauh dn hanya dpt melihat lorong dgn samar2 shj.


Kami meneruskan pjalanan pulang dgn pantas sehinggalah bertemu semak seakan lorong pndaki sudah lesap. Kami berasa takut tp saya hanya bdiam diri krn tidak mahu takutkan adik saya lg.

 Kami mencari2 lorong pndaki yg lesap itu dan tiba2 saya ternampak seakan akan kelibat org sedang trun dr gunung itu. Tanpa blengah saya menarik tangan adik saya utk terus mengekori kelibat itu dlm kegelapan. Saya harus mencuba utk selamatkan keadaan.


Alhamdulillah, akhirnya kami brtemu jalan kaki gunung yg kemas bersimen. Tapi saya hairan, siapa kelibat td dan ke mana mereka pergi? Kami jalan dgn tenang menuju ke tapak parkir.

Dalam perjalanan itu, kami tnampak seorg apek tua menuntun basikal tua membawa segulung tali di dalam bakul hadapan menuju ke puncak gunung tanpa mempedulikan kami.

Mukanya pucat dan menakutkan. Kami hnya bdiam dan teruskan pjalanan pulang kami. Saya masih tfikir kelibat siapa yg saya ekori dan ke mana mereka mghilang.


Setelah smpai di parkir, kami segera hidupkan enjin dan berangkat ke masjid bdekatan utk solat magrib. Sesudah smpai di rumah, kami dimarahi bapa. Dia mengatakn jgn main2 di kawasan gunung itu pd waktu senja krn pernah tjadi kes bunuh diri melibatkan lelaki cina di puncak gunung itu suatu masa dlu. Kami tgamam mndenga kisah itu dan tfikir mgkinkah lelaki cina tua yg kami tsrempak itu td mangsa bunuh diri?
Sekian.

5 comments

Karangan yang agak menarik.

Menyeramkan terutama kpd ana yg baru nk mula memnjat gunong...tq 4 sharing is caring

Tak berapa faham pasal patahkan ranting tu

Info yg baik pasal patahkan ranting tu

Info yg baik pasal patahkan ranting tu


EmoticonEmoticon